4 Android Apps Yang Aku Gunakan Untuk Edit Gambar

Aku suka mengambil gambar sebagai hobi. Kebanyakan gambar yang diambil adalah menggunakan smartphone yang aku bawa dalam poket. Kebanyakan gambar yang aku ambil adalah gambar yang aku ingin simpan dalam memori aku supaya aku boleh tengok balik pada masa akan datang.

Kadang-kadang banyak juga gambar random yang aku ambil dan aku edit for fun. Dalam posting ni aku senaraikan 5 apps yang aku sentiasa gunakan bila aku edit gambar. Kalau nak tengok gambar-gambar yang aku ambil dan aku dah edit boleh tengok di instagram yang aku buat khas untuk aku post gambar-gambar yang aku ambil di sini.

Adobe Lightroom

Adobe lightroom bagi aku adalah app untuk edit gambar paling powerful untuk android. Aku listkan feature yang paling selalu aku gunakan setiap kali aku edit.

Adjust lighting gambar

Untuk adjust light ni ada banyak apps lain yang boleh edit dengan baik tapi bagi aku, adobe lightroom paling kena dengan citarasa aku dan paling tepat antara semua. Interface dia mudah dan user-friendly bagi aku. Selain tu aku selalu guna feature ‘Effects’ dan ‘Detail’ dia. Sebab kita boleh edit bagi gambar nampak lebih sharp dan reduce unnecessary noises. Gambar tu kalau edit betul-betul boleh buat gambar nampak lebih pro.

Adjust warna dan tone gambar

Feature paling ohsem bagi aku adalah colour grading dan colour mix function ni. Susah nak jumpa kat app lain. Dekat feature ni kita boleh edit colour dia dengan begitu detail. Dalam app lain biasanya dia dah ada presets siap-siap, kita tinggal guna je. Bagi aku, aku suka control sendiri and adjust colour dia tu base on mood or rupa yang aku nak. Adobe lightroom ni memang terbaik la untuk edit colour malah professionals pun ada yang guna apps ni je untuk edit gambar diorang. App ni boleh guna secara free, tapi boleh juga subscribe dalam RM8 sebulan untuk extra features.

Snapseed

Snapseed ni adalah photoeditor daripada google yang boleh tahan juga powerful untuk edit gambar pakai smartphone. Snapseed ada juga feature untuk edit light, crop gambar, letak filter, tambah blur dan lain-lain.

Favourite feature yang aku suka guna snapseed ni ialah ‘Healing’ function dia. Bagi aku guna snapseed lebih mudah dan tepat untuk padam apa apa objek yang kita nak hide dalam gambar. Boleh buang jerawat, boleh buang objek2 yang tak cantik buat gambar nampak lebih clean. Ada juga feature ‘selective’ supaya kita boleh edit lighting gambar tu base on selection yang kita telah tetapkan.

Lens Distortion

App ni aku gunakan untuk tambah effect lighting yang realistik secara mudah dan cantik. Ia berfungsi dengan cara dia tambah satu lapisan overlay untuk bagi gambar kita nampak lebih dramatik.

Menambah Effect Hujan menggunakan app light distortion

Untuk free version, overlay yang ada agak limited. Jika kita menggunakan app premium, terdapat banyak overlay yang menarik, cantik untuk digunakan dalam gambar yang diambil. Dengan app ini anda boleh membuat gambar nampak lebih emosi dan mahal!

VSCO

VSCO adalah app kegemaran aku sebelum aku menggunakan adobe lightroom. VSCO mempunyai keupayaan yang lebih kurang dengan Adobe Lightroom tetapi VSCO mempunyai preset colour grading yang banyak. App ini sesuai untuk sesiapa yang mahu membuat colour correction & colour grading dengan mudah. Pilihan combinasi tona warna yang ada sangat cantik dan amat mudah untuk digunakan.

Filter colour grading menggunakan VSCO

Filter daripada VSCO sangat menarik dan cantik. Anda boleh memilih filter berdasarkan mood gambar yang cuba anda sampaikan. Satu kekurangan VSCO yang percuma adalah senarai filter yang limited serta gambar yang di ‘save’ tidak mempunyai kualiti yang tertinggi. Anda perlu subscripe VSCO premium untuk menyimpan gambar yang diedit dengan resolusi yang tertinggi.

Itulah 4 app yang sering aku gunakan untuk mengedit gambar yang aku telah ambil menggunakan smartphone aku ataupun menggunakan camera mirrorless DSLR. Untuk semua app yang aku senaraikan, anda boleh klik link dan download di playstore smartphone anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top