Bagaimana nak berjaya dalam kerjaya anda?

Aku bukanlah pakar dalam bidang kerjaya ni, dan perjalanan aku masih jauh untuk aku boleh pertimbangkan karier aku sebagai ‘berjaya’.

Bagi aku berjaya dalam kerjaya ni tak bermaksud berjaya dari sudut pendapatan (duit) semata-mata, malah adalah sebagai sebahagian daripada tujuan hidup aku atau orang biasa sebut ‘life‘ kau.

“Apa siot kerja je memanjang, takde life ke?”

Ketahuilah bahawa bagi sesetengah orang, kerja tu adalah sebahagian daripada ‘life‘ mereka. Pekerjaan adalah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka. Pencapaian dalam kerjaya ialah kepuasan dan kebahagiaan untuk mereka.

Oleh itu, aku cadangkan kita membuat ‘roadmap‘ atau peta jalan untuk kerjaya kita. Ia dipanggil peta kerana ia berfungsi sebagai panduan. Apabila kita rasa kita dah sesat atau lalai dalam kerjaya, kita boleh merujuk balik peta yang telah kita rangka.

Bagi aku, roadmap ini perlu mempunyai perkara-perkara berikut: –

  • Bidang kerja yang diimpikan.
  • Jumlah pendapatan yang mampu diraih mengikut peringkat
  • Skills yang perlu dikuasai.
  • Pencapaian yang ingin dikecapi.
  • Waktu untuk setiap titik capai yang telah ditetapkan.

Anda boleh melihat contoh roadmap seperti gambar di bawah.

roadmap untuk berjaya dalam kerjaya
Roadmap mudah dalam jadual pencapaian mengikut umur

Ingat! Roadmap perlu dibuat berdasarkan kebolehan dan kemampuan anda. Jangan merancang hidup anda berpandukan kejayaan orang lain kerana setiap orang mempunyai kebolehan dan menempuh jalan hidup yang berbeza.

Roadmap untuk kerjaya ini adalah sangat fleksibel kerana ia perlu dirujuk dan diolah sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Anda yang bertanggungjawab untuk mengukur kejayaan yang anda telah tetapkan sendiri.

Jika anda rasa anda perlu untuk mengubah haluan dalam karier, fikirkan terlebih dahulu mengapa anda ingin mengubah haluan, dan pertimbangkan risiko yang ada sebelum mengambil keputusan muktamad untuk memilih jalan baharu.

Aku nak pesan sikit, anda yang tentukan kejayaan hidup anda! Jangan biarkan makcik bawang, kawan-kawan, musuh, wakil rakyat atau sesiapa pun tentukan kita berjaya atau tidak.

Kita punya hidup, kita ada pilihan dan kuasa untuk terus mengejar kejayaan. Jika gagal, belajar dari kesilapan dan terus mengejar titik capai yang kita telah tetapkan. Ayuh kita sama sama berjaya dalam kerjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top