Online Presence. Keperluan atau kehendak?

Sekarang dah tahun 2020, kita semua adalah netizens. Netizen ini maksudnya ialah “citizen of the net” atau  “net citizen.” dimana ia menggambarkan internet ini sebagai sebuah negara dan semua orang yang mempunyai akses kepada internet adalah rakyat kepada dunia internet ini.

Dunia netizen ini ialah dunia di mana semua orang boleh menyuarakan pendapat, malah boleh menampilkan diri secara online melalui medium text (perkataan), gambar, suara ataupun video. Anda boleh upload sesuatu ke internet, dan secara teknikalnya, semua orang dalam dunia internet ini boleh melihat apa yang anda telah muatnaik, dengan syarat anda membenarkannya.

Berbalik kepada soalan umum kita di tajuk penulisan ini, online presence ini adalah keperluan atau kehendak? Kita lihat terlebih dahulu apakah maksud online presence ini. Online presence ialah kehadiran anda dalam dunia online ini. Atau dengan kata lain, jika orang masuk ke facebook, mereka boleh nampak anda, dengan pendapat-pendapat anda, dengan gambar atau video yang anda kongsikan. Contoh lain juga seperti jika anda buat carian Google. Jika seseorang mencari nama anda melalui google, adakah anda akan kelihatan dalam carian tersebut? Ataupun ada orang lain yang mempunyai nama lebih kurang sama dengan anda, yang mempunyai online presence yang lebih baik dari anda akan muncul dalam carian tersebut?

Pendapat diri saya ialah online presence ini sangat bergantung kepada tujuan anda untuk dikenali dalam dunia internet ini. Adakah ia untuk keseronokan anda? Populariti anda? Kerjaya anda? Minat anda? Perjuangan anda? Bisnes anda? Kita perlu nilai terlebih dahulu, sebelum kita meneruskan dengan usaha kita untuk meraih online presence. Kerana semua ini adalah pilihan anda.

Bagi saya tujuan saya untuk meraih online presence adalah untuk kerjaya. Saya ingin membina nama dalam dunia internet dengan content yang saya rasa saya ingin orang lain tahu. Ada campuran minat dan semangat untuk menyampaikan ilmu kepada orang lain, malah kalau boleh menyelesaikan masalah yang orang lain hadapi. Selain itu, kehadiran dalam dunia internet dan sosial media ini adalah salah satu resolusi 2020 untuk saya cuba tambahbaik.

Bagi anda pula? – Tepuk dada tanya selera. Kerna ia sangat bergantung dengan selera anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top